Kes dera bayi 16 bulan, suami isteri didakwa esok

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

TAMPIN - Sepasang suami isteri yang ditahan pada 25 Ogos lepas susulan kes dera bayi lelaki berusia 16 bulan akan didakwa di Mahkamah Majistret Tampin pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Anuwal Ab Wahab berkata, bapa tiri mangsa berusia 23 tahun akan dituduh di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

"Ibu kanak-kanak itu pula akan didakwa di bawah Seksyen 33 Akta Kanak-kanak 2001 kerana pengabaian kanak-kanak," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Bayi 16 bulan disyaki mangsa dera ibu dan bapa tiri

Menurut Anuwal, keadaan mangsa ketika ini stabil malah sudah dibenarkan keluar hospital pada Jumaat dan kini di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan ditempatkan di sebuah pusat jagaan kanak-kanak di Seremban.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan sepasang suami isteri ditahan susulan kejadian dera anak lelaki mereka pada 25 Ogos lepas.

Perbuatan itu terbongkar setelah polis menerima laporan daripada seorang doktor dari sebuah klinik yang memaklumkan menerima seorang pesakit iaitu bayi berkenaan dalam keadaan lebam di mata dan ada kesan seterika di belakang badannya disyaki didera.

Artikel Berkaitan: