X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 18 Mei 2022

'Let’s Laugh Malaysia!' program komedi suntik semangat rakyat

CausewayEXchange bakal mengadakan pertunjukan maya selama 90 minit bertajuk 'Let’s Laugh Malaysia!' pada 18 September 2021. - Foto Bernama
A
A

SINGAPURA - Sempadan Singapura-Malaysia ditutup sejak awal 2020 akibat pandemik Covid-19, menyaksikan ramai rakyat Malaysia memilih untuk tinggal di republik itu demi mencari nafkah buat keluarga di Malaysia.

Mereka yang terkandas selama lebih 18 bulan, pastinya amat merindukan tanah air.

Tidak banyak perkara yang dapat menggembirakan apalagi kesuraman yang dicetuskan pandemik itu.

Justeru, Festival Seni rentas sempadan, CausewayEXchange cuba mencari penawar dan mengubati kerinduan.

Menerusi teknologi KE-TAWA, CausewayEXchange bakal mengadakan pertunjukan maya selama 90 minit bertajuk 'Let’s Laugh Malaysia!' pada 18 September 2021.

Ia bertujuan mengubat kerinduan melalui rancangan komedi dalam talian secara percuma sempena ‘Hari Malaysia’.

"Ia bakal menampilkan empat pelawak Malaysia iaitu Rizal Van Geyzel, Kuah Jenhan, Gajen Nad, dan Prakash Daniel.

"Mari luangkan masa untuk ketawa dan melupakan segala gundah-gulana.

Saya percaya ketawa adalah ubat paling mujarab,” kata Shawn Lourdusamy dari DMR Productions dalam satu kenyataan kepada Bernama pada Sabtu.

DMR Productions selaku penganjur acara itu telah menjalankan perniagaan komedi sejak 2001 dan adalah pengasas CausewayEXchange.

Lourdusamy berkata, sebagai rakyat Malaysia dirinya juga amat merindukan tanah airnya.

Rancangan itu ditaja Maybank Singapura dengan sokongan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura dan Persatuan Malaysia di Singapura.

"Kita bersolidariti dengan rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura dan terpisah daripada keluarga mereka ketika ini," kata Ketua Retail Wealth and Branch Distribution Maybank Singapura, Lim Kok Boon.

Tahun lalu, Kok Boon berkata, bank itu telah melancarkan perkhidmatan pemindahan dana percuma untuk rakyat Malaysia, termasuk kepada bukan pelanggan, untuk mengirim duit ke mana-mana akaun bank di seberang sempadan.

“Melalui program komedi ini, kami mahu menghubungkan kembali dan menyatukan rakyat Malaysia di Singapura untuk menikmati suasana menggembirakan di Hari Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura, Datuk Dr Azfar Mohamad Mustafar memuji usaha Lourdusamy menganjurkan program itu untuk menghubungkan dan menyatukan rakyat Malaysia.

"Saya berterima kasih kepada Maybank kerana menyokong rancangan ini.

Dalam detik sukar ini, kita mesti saling menyokong dan mengambil berat satu sama lain. Let’s Laugh Together kerana ketawa adalah penawar paling berkesan,” kata Azfar.

Let’s Laugh Together akan dihoskan pelawak, Sam See dari Singapura bermula jam 8 malam di https://www.facebook.com/CausewayEXchange.

Tiket percuma dan pendaftaran boleh dibuat di https://llm2021.peatix.com. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!