Keluarga mangsa korban tragedi kepala air diberi kaunseling

Rina menyantuni mangsa tragedi, Kalsom Md Aris, 84, ketika memantau lokasi bencana sekitar Jalan Masjid Yan pada Sabtu.
Rina menyantuni mangsa tragedi, Kalsom Md Aris, 84, ketika memantau lokasi bencana sekitar Jalan Masjid Yan pada Sabtu.
A
A
A

YAN - Enam keluarga mangsa yang terkorban akibat bencana kepala air Gunung Jerai pada18 Ogos lalu telah diberikan khidmat kaunseling.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, perkhidmatan kaunseling diberikan bagi meredakan perasaan gangguan emosi selepas kehilangan orang tersayang dan berdepan tragedi terburuk.

Menurutnya, selain khidmat bimbingan dan kaunseling, JKM juga akan menyelaraskan Tabung Bantuan Segera, Bakul Prihatin Negara serta bantuan sukarelawan kepada mangsa tragedi itu.

"Bagi mangsa lain, kita ada menerima senarai daripada keluarga terlibat dan semasa kita memantau, kita juga menanyakan sama ada mereka memerlukan bantuan kaunseling ataupun tidak, sekiranya memerlukan mereka boleh buat aduan atau tampil," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Fenomena kepala air Gunung Jerai berlaku lagi

Mangsa keempat tragedi kepala air ditemui

Empat kesan runtuhan dikesan pada gubir Gunung Jerai

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan misi bantuan dan membantu kerja-kerja pembersihan di rumah mangsa terjejas tragedi kepala air di Jalan Masjid, Yan pada Sabtu.

Artikel Berkaitan:

Hadir sama, Exco Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat dan Kebajikan Kedah, Halimaton Shaadiah Saad.

Rina berkata, khidmat bimbingan dan kaunseling juga sebagai sokongan sekiranya berhadapan kejadian sama hujan lebat sehingga mengakibatkan trauma kembali berulang.

"Baru-baru ini, ada juga wave (kejadian banjir) kali kedua dan kita harap (tragedi) tidak berulang, sudah pasti kita perlu persediaan awal seperti langkah-langkah keselamatan, jika tidak mereka ini akan sentiasa trauma setiap kali hujan," katanya.

Rina membantu membersihkan pinggan mangkuk yang terjejas akibat tragedi kepala air di rumah Sukiena Abu Bakar (kanan) di Jalan Masjid Yan pada Sabtu.
Rina membantu membersihkan pinggan mangkuk yang terjejas akibat tragedi kepala air di rumah Sukiena Abu Bakar (kanan) di Jalan Masjid Yan pada Sabtu.

Dalam pada itu, Rina turut mengumumkan Tabung Bantuan Segera bernilai RM300 kepada 1,389 buah keluarga yang terjejas dalam tragedi itu di daerah Yan dan Kuala Muda.

Beliau dalam kunjungan sama turut meluangkan masa melakukan kerja-kerja pembersihan bersama sukarelawan JKM di rumah mangsa terjejas sekitar Jalan Masjid, Yan.

Beliau berkata, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan agensi di bawahnya akan sentiasa bersiap siaga untuk membantu keluarga mangsa atau sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan dan sokongan sosial.

"Saya juga meminta ibu bapa agar membuat pengawasan rapi terhadap anak-anak kecil semasa bencana supaya keselamatan dan kesejahteraan mereka terpelihara," katanya.

Orang ramai yang ingin mendapatkan bantuan dan sokongan sosial boleh terus menghubungi Talian Kasih 15999 atau WhatsApp 019-2615999 yang beroperasi 24 jam atau menghubungi mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah berhampiran.