Liek Hou mara ke final

Liek Hou akan bertemu pemain ranking nombor satu dunia dari Indonesia, Dheva Anrimusthi, petang ini. - Foto FB Majlis Sukan Negara (MSN)
Liek Hou akan bertemu pemain ranking nombor satu dunia dari Indonesia, Dheva Anrimusthi, petang ini. - Foto FB Majlis Sukan Negara (MSN)
A
A
A

JAGUH badminton para negara, Cheah Liek Hou mara ke final badminton perseorangan lelaki (SU5), Sukan Paralimpik Tokyo 2020 apabila menewaskan pemain Chinese Taipei, Fang Jen Yu di Stadium Kebangsaan Yoyogi, pagi tadi.

Biarpun tewas 15-21 pada set pertama, Liek Hou berjaya bangkit pada dua set berikutnya untuk menang 21-10, 21-16 bagi menempah pertemuan dengan pemain ranking nombor satu dunia dari Indonesia, Dheva Anrimusthi, petang ini.

Rekod pertemuan kedua-dua pemain menyaksikan Anrimusthi memenangi lima daripada tujuh pertemuan setakat ini.

Kali terakhir kedua-dua pemain berkenaan bertemu adalah pada Kejohanan Badminton Para di Brazil yang menyaksikan Liek Hou menang 21-15, 10-21, 21-16.

Artikel Berkaitan: