EU mungkin akan terlibat semula di Kabul

Menteri-menteri luar negara anggota Kesatuan Eropah (EU) sepakat untuk mewujudkan semula kehadiran EU di Kabul untuk membawa keluar warga EU dan rakyat Afghanistan yang berisiko. - Foto Reuters
Menteri-menteri luar negara anggota Kesatuan Eropah (EU) sepakat untuk mewujudkan semula kehadiran EU di Kabul untuk membawa keluar warga EU dan rakyat Afghanistan yang berisiko. - Foto Reuters
A
A
A

BRUSSEL - Menteri-menteri luar negara anggota Kesatuan Eropah (EU) pada Jumaat sepakat untuk mewujudkan semula kehadiran EU di Kabul untuk membawa keluar warga EU dan rakyat Afghanistan yang berisiko.

Ketua Dasar Luar, Josep Borrell berkata, langkah itu bergantung sama ada syarat keselamatan dipenuhi untuk membolehkan perbincangan diadakan dengan pemerintah baharu di Afghanistan, lapor Agensi Berita Xinhua.

"Kami telah ditugaskan oleh Majlis untuk mewujudkan penyelarasan dengan Taliban, termasuk kehadiran semula EU di Kabul jika syarat keselamatan membenarkan,” katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat tidak rasmi menteri-menteri luar EU.

Mesyuarat itu turut sepakat mengenai penglibatan dengan rakan antarabangsa serantau dan pihak yang berkaitan untuk mewujudkan platform politik dengan negara jiran Afghanistan untuk menghadapi cabaran ditimbulkan oleh perkembangan terbaharu itu.

Borrell sebelum ini berkata, EU bersedia untuk terlibat tetapi Taliban mesti menghormati hak asasi manusia, termasuk hak wanita, dan tidak membiarkan Afghanistan menjadi tempat menghasilkan militan. - Bernama

Artikel Berkaitan: