vivo capai pengiriman tertinggi telefon pintar 5G di Asia Pasifik pada Q2 2021

No Image Caption
A
A
A


Laporan terbaru dari Strategy Analytics menunjukkan pengiriman telefon pintar 5G vivo mendahului penghantaran telefon pintar 5G di Asia Pasifik pada suku kedua tahun 2021.

Pencapaian membanggakan ini merupakan kali pertama dicapai vivo dalam menduduki tempat teratas penghantaran telefon pintar 5G di Asia Pasifik.

Rekod pertumbuhan penghantaran tahunan sebanyak 215 peratus dan ini sekaligus menjadi pertumbuhan paling tinggi jika dibandingkan pesaingnya yang lain.

Kombinasi teknologi dan kualiti tinggi vivo menjadikan telefon pintarnya sebagai peranti 5G yang paling popular di rantau ini.

Awal tahun ini, laporan Strategy Analytics menyatakan bahawa vivo telah menjadi vendor telefon pintar 5G yang paling cepat berkembang di dunia dan mengekalkan momentum hingga suku pertama 2021.

Dengan membuat kemajuan yang luar biasa dalam standard 5G dan teknologi teras, vivo komited untuk menyediakan pelbagai jenis telefon bimbit 5G dan pengalaman 5G yang bertambah baik kepada pengguna.

Syabas dan tahniah untuk vivo dan warga kerjanya!

Sementara itu, khabar gembira buat pelanggan vivo, China akan melancarkan produk terbarunya iaitu X70 Series pada 9 September ini. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, anda boleh layari laman web rasmi vivo di https://www.vivo.com/my/activity/x70warmup.
Artikel Berkaitan: