Sila log masuk terlebih dahulu.

Rosnah Rashid Shirlin dilantik penasihat khas Menteri Kesihatan

Rosnah
Rosnah
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bekas Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Rashid Shirlin dilantik sebagai penasihat kas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Nama Rosnah berada dalam direktori Kementerian Kesihatan bersama seorang lagi penasihat khas Menteri Kesihatan, Datuk Mohamad Iruan Zulkefli.

Pada 2009 hingga 2013, Rosnah pernah pernah berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Kesihatan di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Beliau kemudiannya berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya dari 2013 hingga 2018 sebelum tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kepada calon Parti Warisan (Warisan), Ahmad Hassan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika mengumumkan senarai jemaah menterinya telah melantik Khairy sebagai Menteri Kesihatan menggantikan Datuk Seri Dr Adham Baba yang ditukar ke Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. - Awani

Artikel Berkaitan: