ADUN cadang Pulau Pinang ambil langkah mitigasi tangani Covid-19

Guan Eng
Guan Eng
A
A
A

GEORGE TOWN - Kerajaan negeri Pulau Pinang disaran melaksanakan pendekatan mitigasi sendiri dan mengurangkan kebergantungan kepada kerajaan Persekutuan dalam usaha menangani pandemik Covid-19.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih, Lim Guan Eng berkata, kerajaan negeri perlu mengambil langkah intervensi yang lebih pantas dan cepat khususnya bagi menyelamatkan lebih banyak nyawa daripada menjadi korban.

Beliau berkata, antara usaha yang boleh dilakukan adalah mendapatkan bekalan vaksin yang mencukupi supaya lebih ramai penduduk Pulau Pinang khususnya mereka yang berisiko iaitu berumur 50 tahun ke atas mendapat perlindungan.

“Keutamaan juga perlu diberikan kepada golongan peniaga dan penjaja supaya usaha untuk memulihkan keadaan ekonomi negeri dapat disegerakan,” katanya ketika membahaskan ucapan terima kasih Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tan Sri Ahmad Fuzi Abdul Razak pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.

Beliau berkata kadar kematian akibat Covid-19 di negeri ini adalah sangat membimbangkan dengan 258 orang dilaporkan meninggal dunia antara Januari lalu hingga 11 Ogos lalu.

"Sekiranya pemberian vaksin ini dapat disegerakan, kita mungkin dapat menyelamatkan lebih banyak nyawa dan saya berharap kerajaan negeri khususnya Exco Kesihatan jangan berlengah-lengah lagi dan mengambil berat berkenaan perkara ini," katanya.

Selain itu, ketika mencelah, Joseph Ng Soon Siang (PH-Air Itam) turut mencadangkan supaya mempercepatkan proses agihan vaksin 20,000 dos sumbangan kerajaan negeri Selangor kepada semua kawasan ADUN.

Selasa lepas, kerajaan Pulau Pinang menerima 20,000 dos vaksin Covid-19 sumbangan kerajaan Selangor secara percuma untuk diberikan kepada baki penduduk di negeri ini yang masih belum menerima suntikan tersebut. - Bernama

Artikel Berkaitan: