Cuckoo kongsi harapan rakyat Malaysia

Seramai 12 individu hebat terlibat dalam video Masa Depan Kita, Juang #SAMASAMA.
Seramai 12 individu hebat terlibat dalam video Masa Depan Kita, Juang #SAMASAMA.
A
A
A

SHAH ALAM - Cuckoo International (MAL) Sdn Bhd (Cuckoo) telah melancarkan video bertajuk 'Masa Depan Kita, Juang #SAMASAMA' untuk mengajak semua rakyat Malaysia kekal berharap dan optimis terhadap masa depan negara tercinta sempena sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Cuckoo International (MAL), Hoe Kian Choon berkata, tarikh 31 Ogos dan 16 September merupakan antara hari yang paling bermakna bagi Malaysia kerana ia merupakan tarikh kita meraikan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.

Menurutnya, Cuckoo ingin berkongsikan perspektif baharu bagi kedua-dua perayaan itu untuk melihat masa hadapan yang lebih cerah iaitu bebas atau merdeka daripada wabak Covid-19.

“Malaysia adalah tanah air dan ‘rumah’ kita. Sebagai seorang rakyat Malaysia, saya sentiasa berharap bahawa Malaysia akan selalu kekal aman dan harmoni, lebih bahagia serta sihat.

“Begitupun, sejak penularan wabak Covid-19 tahun lepas, Malaysia dipenuhi dengan sentimen negatif. Dengan video ini, kami berharap dapat mengajak rakyat Malaysia kekal berpositif untuk masa depan yang lebih cerah.

“Kami juga ingin mengingatkan semua mengenai semangat Malaysia kita yang tidak mudah untuk berputus asa, dan berjuang #SAMASAMA mengatasi semua cabaran demi masa depan kita," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, video tersebut menampilkan 12 individu daripada pelbagai lapisan masyarakat untuk melakarkan harapan dan gambaran mereka terhadap Malaysia pada 10 tahun akan datang.

“Antara individu yang terlibat dalam penggambaran video ini adalah pemenang pingat gangsa beregu badminton lelaki Sukan Olimpik Tokyo 2020, Aaron-Wooi Yik, pemenang pingat perak badminton Sukan Olimpik Rio 2016, Chan Peng Soon dan pelakon, Janna Nick.

Artikel Berkaitan:

“Turut terlibat ialah duta Cuckoo, Datuk Seri Siti Nurhaliza serta dua petugas barisan hadapan yang juga terlibat dalam Misi Bantuan Kemanusiaan Membawa Pulang Rakyat Malaysia dari Wuhan China, Itali, Indonesia dan India,” katanya.

Beliau berkata, Cuckoo berharap untuk terus membantu lebih ramai mempunyai kediaman dan kehidupan yang lebih sihat dan gembira menerusi solusi ataupun produk serta servis jenama itu.

Video Cuckoo, 'Masa Depan Kita, Juang #SAMASAMA' boleh disaksikan di halaman Facebook rasmi Cuckoo di @CUCKOOInternational.