Norazlan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM baharu

Norazlan (kanan) dan Shamshun Baharin pada Majlis Paluan Berundur yang berlangsung di Dewan Serbaguna, Ibu Pejabat SPRM pada Rabu. Foto Facebook SPRM
Norazlan (kanan) dan Shamshun Baharin pada Majlis Paluan Berundur yang berlangsung di Dewan Serbaguna, Ibu Pejabat SPRM pada Rabu. Foto Facebook SPRM
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pengarah Kanan Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Norazlan Mohd Razali dilantik sebagai Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM yang baharu berkuat kuasa pada Khamis.

Norazlan, 57, menggantikan Datuk Seri Shamshun Baharin Mohd Jamil yang bersara wajib.

Menurut SPRM dalam kenyataan pada Khamis, Norazlan yang mula menyertai SPRM pada 9 Februari 1989 pernah memegang jawatan sebagai Pengarah Bahagian Pengurusan Integriti Agensi, Pengarah SPRM Selangor, Pengarah Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA), Ketua Staf Pejabat Eksekutif Ketua Pesuruhjaya SPRM, Ketua Unit Integriti Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan Pengarah SPRM Johor.

Kenyataan itu turut memaklumkan bahawa Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas, Datuk Hishamuddin Hashim dilantik sebagai Pengarah Kanan Siasatan SPRM yang baharu menggantikan Norazlan berkuat kuasa pada tarikh sama.

“Ketua Unit Integriti Kementerian Pengangkutan Datuk Tan Kang Sai dilantik sebagai Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas menggantikan Hishamuddin,” demikian menurut kenyataan itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: