SDF terus gempur kedudukan terakhir Daesh

Pasukan Demokratik Syria (SDF) yang disokong Amerika Syarikat (AS) terus mara ke Baghouz iaitu penempatan kecil berhampiran sempadan Iraq yang menjadi kubu terakhir Daesh.
Pasukan Demokratik Syria (SDF) yang disokong Amerika Syarikat (AS) terus mara ke Baghouz iaitu penempatan kecil berhampiran sempadan Iraq yang menjadi kubu terakhir Daesh.
A
A
A

DAMSYIK - SYRIA . Pasukan Demokratik Syria (SDF) yang disokong Amerika Syarikat (AS) terus mara ke Baghouz hari ini, iaitu penempatan kecil berhampiran sempadan Iraq yang menjadi kubu terakhir Daesh.

Seorang pegawai SDF berkata, beliau melihat pergerakan anggota kumpulan militan antara bangunan kosong dan kem sementara di pinggir kampung yang dikhuatiri masih diduduki orang awam untuk berlindung.

"Pertempuran makin sengit ketika ini.

“Pasukan kami bergerak mara dari dua arah," kata pegawai terbabit.

SDF mengumumkan untuk melancarkan serangan ke atas kedudukan terakhir IS pada Jumaat. – AFP

Artikel Berkaitan: