Gangguan bekalan air pulih 52 peratus

Orang ramai mendapatkan bekalan air dari lori tangki berikutan gangguan bekalan air di lima wilayah pada Selasa.
Orang ramai mendapatkan bekalan air dari lori tangki berikutan gangguan bekalan air di lima wilayah pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - Pemulihan bekalan air di 463 kawasan yang terjejas berikutan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dihenti tugas akibat pencemaran bau mencapai tahap 52 peratus.

Air Selangor dalam kenyataannya memaklumkan, kadar pemulihan secara berperingkat itu dicatat sehingga jam 4 petang Rabu.

Menurut kenyataan itu, bantuan bekalan air alternatif melalui lori-lori tangki air terus digerakkan kepada pengguna di premis kritikal di kawasan yang terjejas sepanjang gangguan bekalan air tidak berjadual ini.

"Air Selangor memohon kerjasama orang ramai untuk mematuhi penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka semasa mendapatkan bekalan air daripada lori-lori tangki," kata kenyataan itu pada Rabu.

Sementara itu, menerusi info grafik dikongsi Air Selangor menunjukkan lima daerah terjejas sudah mula kembali pulih secara berperingkat.

Peratus itu ialah di Wilayah Hulu Langat iaitu 81.5 peratus, Sepang (56.7), Putrajaya (56.5) Petaling (36.6) dan Kuala Langat (45)

Sebarang pertanyaan dan aduan boleh diajukan di Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300 atau Help Centre di aplikasi Air Selangor.

Artikel Berkaitan: