Ibu kota jadi tumpuan cuti Hari Kemerdekaan

Sekitar kawasan Suria KLCC.
Sekitar kawasan Suria KLCC.
A
A
A

SHAH ALAM - Tinjauan di beberapa kawasan tumpuan orang ramai seperti Taman Tugu Negara, Dataran Merdeka dan Menara Berkembar Petronas KLCC pada hari cuti umum meriah dengan kehadiran orang awam yang menghabiskan masa bersiar-siar bersama keluarga.

Bagaimanapun, di Taman Tugu Negara misalnya kehadiran orang awam yang terlalu ramai memaksa pihak polis mengarahkan mereka mengosongkan kawasan tersebut bagi mengelakkan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP).

Di KLCC, meskipun kelihatan orang ramai sibuk dengan aktiviti beriadah dan kawasan sekitarnya, namun keadaan terkawal dengan kehadiran pihak polis.

Seorang pelajar universiti Awam, Natasya Anuar, 22, berharap tahun ini adalah tahun terakhir menyambut Hari Kemerdekaan dalam suasana pandemik Covid-19.

“Semoga Malaysia akan merdeka daripada wabak Covid-19 supaya rakyat semua boleh kembali hidup seperti sediakala dan menyambut hari bersejarah dengan pelbagai sambutan kemerdekaan seperti tahun-tahun sebelum ini,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di KLCC.

Pembantu muzium, Nur Hasmizai Afzan Hassan, 37, berharap kerajaan dapat melandaikan penularan Covid-19 dan mempercepatkan pemberian vaksinasi kepada seluruh rakyat Malaysia.

“Saya berharap rakyat Malaysia bersatu hati mengambil vaksin demi untuk mencapai imuniti berkelompok, sekali gus membuahkan kejayaan pada Program Vaksinasi Negara,” ujarnya.

Seorang pelajar universiti awam, Aqeela Ghazali, 19, pula berharap negara kembali pulih seperti sediakala dan rakyat bukan saja boleh menyambut Hari Kebangsaan seperti sebelum ini, bahkan bebas menjalani kehidupan tanpa sekatan.

Artikel Berkaitan: