X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 05 Julai 2022

Warga emas ditemui mati tertiarap dalam rumah

Mayat wanita berumur 69 tahun ditemukan dalam sebuah rumah di Flat Dahlia, Seremban 2. - Foto ihsan bomba
A
A

SEREMBAN - Seorang wanita warga emas ditemukan mati tertiarap di atas lantai dalam sebuah rumah di Flat Dahlia, Seremban 2 dekat sini, pada pagi Selasa.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki memaklumkan mengenai bau busuk dari sebuah rumah di flat berkenaan pada jam 8.45 pagi.

"Sebaik tiba di lokasi kami mendapati pintu rumah berkunci dan mendapatkan bantuan pihak bomba bagi membuka pintu rumah tersebut.

"Setelah pintu dibuka, mayat seorang wanita berumur 69 tahun tertiarap dalam bilik tidur. Hasil pemeriksaan pada badannya dan kawasan rumah mendapati tiada sebarang unsur jenayah yang boleh dikaitkan dengan kematiannya," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Katanya, pasukan perubatan dari Hospital Tuanku Jaafar Seremban mengesahkan wanita itu meninggal dunia lebih dari lima hari.

Pasukan bomba membawa turun mayat dari Flat Dahlia, Seremban 2. - Foto ihsan bomba
Pasukan bomba membawa turun mayat dari Flat Dahlia, Seremban 2. - Foto ihsan bomba

"Usaha sedang dijalankan bagi mengesan warisnya kerana dia tinggal sendirian di rumah. Mayat dihantar ke Jabatan Forensik HTJ Seremban untuk bedah siasat dan kes disiasat sebagai mati mengejut," katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba Seremban 2, Mohd Asree Abd Hamid memaklumkan, seramai 11 anggota bomba ke lokasi selepas menerima maklumat daripada polis terdapat bau busuk dari dalam rumah itu.

"Pihak bomba membuka pintu rumah berkenaan dengan memotong mangga menggunakan bold cutter.

"Anggota kami yang lengkap dengan pakaian peralatan perlindungan diri (PPE) mengangkat mangsa,” katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!