Kekal berdisiplin, patuhi SOP semasa beraktiviti

Dari kiri: Shahsuzan, Mohd Sazali, Ahmad Tarmizy dan Mustaza Ahmad selepas perasmian Home Fit Body Fit Merdeka Edition 2021 di YouTube UiTM Channel sempena Program Sambutan Hari Kemerdekaan ke 64 dan Sambutan Hari UiTM, pada Selasa.
Dari kiri: Shahsuzan, Mohd Sazali, Ahmad Tarmizy dan Mustaza Ahmad selepas perasmian Home Fit Body Fit Merdeka Edition 2021 di YouTube UiTM Channel sempena Program Sambutan Hari Kemerdekaan ke 64 dan Sambutan Hari UiTM, pada Selasa.
A
A
A

WARGA Universiti Teknologi Mara (UiTM) dinasihati kekal berdisiplin dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika menerapkan budaya cergas, sihat dan mewujudkan sikap positif dalam kehidupan seharian.

Menurut Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UiTM, Profesor Dr Mohd Sazali Shahibi, elemen itu perlu dihayati warga UiTM dalam usaha meningkatkan tahap disiplin diri masing-masing supaya UiTM terus produktif.

"Terima kasih kepada Pusat Sukan Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Persatuan Sukan dan Kebajikan Kakitangan UiTM dan Jawatankuasa Sukan Pelajar UiTM Shah Alam kerana berjaya menganjurkan program ini.

"Begitu juga komitmen semua pihak Jawatankuasa Pengelola dan Kerja yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi Program Home Fit Body Fit Merdeka Edition 2021," katanya selepas perasmian program secara atas talian pada Selasa.

Hadir sama Pengarah Pembangunan Pelajar UiTM, Dr Shahsuzan Zakaria serta Ketua Sekretariat Bahagian Industri Sukan Kementerian Belia dan Sukan, Mustaza Ahmad.

Untuk rekod, Pusat Sukan, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Persatuan Sukan dan Kebajikan Kakitangan serta Jawatankuasa Sukan Pelajar UiTM Shah Alam menganjurkan Home Fit Body Fit Merdeka Edition 2021 secara maya di YouTube UiTM Channel sempena Program Sambutan Hari Kemerdekaan ke 64 dan Sambutan Hari UiTM.

Sementara itu, menurut Timbalan Pengarah Pusat Sukan, Ahmad Tarmizy Mohammed, Home Fit Body Fit Merdeka Edition itu antara program di bawah Program Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari UiTM yang melibatkan staf dan pelajar seluruh sistem UiTM.

"Biarpun situasi Covid-19 masih belum reda, para peserta dalam kalangan pelajar dan staf masih berpeluang melibatkan diri dari lokasi masing-masing.

Artikel Berkaitan:

"Pusat Sukan juga membuat pertandingan video dan gambar kreatif bersama-sama mengikuti Home Fit Body Fit dan perlu di muat naik di Facebook Pusat Sukan dan Instagram @TEAMUiTMOFFICIAL serta berpeluang untuk memenangi hadiah antara RM50 hingga RM200," katanya.