Mekanik antara dua lelaki ditahan miliki syabu

Seorang mekanik antara dua lelaki yang ditahan kerana disyaki memiliki dadah jenis syabu di sebuah bengkel kenderaan di Taman Desa Seroja Jalan Reko, pada Isnin.
Seorang mekanik antara dua lelaki yang ditahan kerana disyaki memiliki dadah jenis syabu di sebuah bengkel kenderaan di Taman Desa Seroja Jalan Reko, pada Isnin.
A
A
A

KAJANG - Seorang mekanik antara dua lelaki yang ditahan kerana disyaki memiliki dadah jenis syabu di sebuah bengkel kenderaan di Taman Desa Seroja Jalan Reko di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner, Mohd Zaid berkata berusia 30-an dan 40-an itu ditahan pada jam 1 pagi.

"Hasil pemeriksaan, kita menemui satu paket plastik lut sinar disyaki dadah jenis syabu anggaran berat 5.03 gram yang bernilai RM503 dalam simpanan suspek," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Mohd Zaid berkata, kedua-dua suspek itu dibawa ke Balai Polis Kajang untuk tindakan lanjut.

"Saringan awal urin mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis methamphetamine. Kes disiasat mengikut Seksyen 39A(1) dan 15(1)Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Artikel Berkaitan: