Wei Lun unggul kekal rekod tanpa kalah

Wei Lun lakar satu lagi keputusan sensasi, selepas memenangi perlawanan terakhir acara individu bercampuran BC1 (kecacatan fizikal) peringkat kelayakan kumpulan B di Sukan Paralimpik Tokyo, pada Isnin. - Foto Bernama
Wei Lun lakar satu lagi keputusan sensasi, selepas memenangi perlawanan terakhir acara individu bercampuran BC1 (kecacatan fizikal) peringkat kelayakan kumpulan B di Sukan Paralimpik Tokyo, pada Isnin. - Foto Bernama
A
A
A

ATLET boccia, Chew Wei Lun melakar satu lagi keputusan sensasi, selepas memenangi perlawanan terakhir acara individu bercampuran BC1 (kecacatan fizikal) peringkat kelayakan kumpulan B di Sukan Paralimpik Tokyo, pada Isnin.

Atlet yang baru sahaja menyambut ulang tahun ke-26 Khamis lepas ternyata unggul apabila menewaskan Katerina Curinova dari Republik Czech, 11-0, pada saingan yang berlangsung di Ariake Gymnastics Centre.

Pencapaian atlet yang menduduki ranking ke-11 dunia itu menyaksikan beliau memimpin kumpulan B dan mengekalkan rekod bersih empat perlawanan tanpa kalah sejak aksi pertama Sabtu lepas, dengan menumpaskan atlet Brazil Andreza Vitoria de Oliveira, 5-2.

Wei Lun yang layak ke peringkat suku akhir, dijangka bertemu atlet ranking ke-47 dunia, Qi Zhang dari China dalam peringkat suku akhir selepas ini.

Pertembungan di antara Wei Lun dan Qi dijadual berlangsung jam 4 petang Selasa (3 petang waktu Malaysia). - Bernama

Artikel Berkaitan: