Baja untuk tanaman kecil-kecilan

Nor Riza bersama produk baja N'ley yang turut dijual menerusi platform dalam talian.
Nor Riza bersama produk baja N'ley yang turut dijual menerusi platform dalam talian.
A
A
A

MELIHAT wujudnya trend bercucuk tanam secara kecil-kecilan di rumah ketika pandemik Covid-19, seorang usahawan dari Gua Musang, Kelantan mengambil inisiatif memperkenalkan produk baja yang mampu memudahkan aktiviti berkenaan.

Pengasas N’ley Grow Baja Organik Premium (N’ley), Nor Riza Ya berkata, produk yang mula diperkenalkan pada pertengahan tahun lepas dikeluarkan bagi memenuhi keperluan mereka yang mengusahakan tanaman secara kecil-kecilan atau sambilan termasuk suri rumah.

Beliau berkata, selain memiliki sebatian baja yang berupaya mempercepatkan tumbesaran dan penghasilan bagi semua jenis tanaman, N’ley juga tidak mempunyai bau kurang menyenangkan seperti produk tanaman lain dalam pasaran.

“Baja ini sesuai untuk semua tanaman termasuk hiasan, sayuran dan herba. Kalau ada tanaman di rumah yang pokoknya hidup tetapi daun kering, tidak berbuah dan berbunga atau hasil pokoknya tidak lebat, boleh mencuba gunakan baja N’ley.

“Hasil daripada penggunaan baja ini akan dapat dilihat dalam tempoh empat ke tujuh hari.

“Lebih menarik, baja ini juga tidak melekit, manakala baunya pula tidak kekal dan mudah untuk dihilangkan dari tangan. Ada sesetengah pengguna yang memberitahu bau baja N’ley adalah seperti bau pokok atau koko,” katanya.

Nor Riza berkata, sebatian produk baja N’ley yang sepenuhnya organik itu dibuat menggunakan teknik ramuan daripada Jepun iaitu ‘Bokashi’ yang mampu meningkatkan keberkesanan bakteria baik di dalam tanah.

Artikel Berkaitan:

Nor Riza
Nor Riza

Tambah beliau, baja N’ley juga sesuai digunakan bagi mereka yang melakukan aktiviti pertanian di kawasan bandar termasuk individu atau keluarga yang duduk di rumah teres, kondominium dan apartmen.

Dalam pada itu, Nor Riza berkata, hasil jualan bulanan produk baja N'Ley sejak ia mula dipasarkan secara dalam talian pada Januari lalu sudah mencecah RM45,000 dengan kebanyakan pelanggan adalah daripada Melaka, Pahang, Johor dan Kelantan.

Beliau yang pernah menjadi perunding dalaman selama 10 tahun berkata, dengan kapasiti pengeluaran sebanyak satu tan sebulan, pemasaran baja N’ley turut dibantu hampir 100 ejennya yang berada di seluruh semenanjung Malaysia.

Baja N'ley mempunyai kapasiti pengeluaran sebanyak satu tan sebulan dengan dibantu oleh hampir 100 ejen yang berada di seluruh Semenanjung Malaysia.
Baja N'ley mempunyai kapasiti pengeluaran sebanyak satu tan sebulan dengan dibantu oleh hampir 100 ejen yang berada di seluruh Semenanjung Malaysia.

“Selain ejen, kita juga memasarkan N’ley melalui platform dalam talian seperti Shopee dan Facebook. Insya-ALLAH kita akan turut bekerjasama dengan beberapa pihak lain, antaranya seperti pasar raya AEON, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan koperasi.

"Kita juga bercadang untuk meluaskan pasaran N’ley ke Sabah, Sarawak dan negara jiran seperti Brunei serta Singapura. Produk kita sebenarnya sudah dikenali di Singapura, tapi kita mahu menumpukan pasaran di semenanjung terlebih dahulu,” ujarnya.

Tambah Nor Riza, beliau menyasarkan jualan keseluruhan produknya akan mampu untuk melepasi RM1 juta pada tahun ini.

Katanya, harga bagi sepeket baja N’ley ialah RM25 dengan berat satu kilogram, manakala mereka yang mahu menjadi ejen pula berpeluang untuk mendapatkan kadar keuntungan setinggi 40 peratus daripada hasil jualan.