Rokok seludup bernilai RM234,306 dirampas

Suspek bersama rokok seludup yang dirampas dalam serbuan di sebuah premis di Parit Yani Yong Peng, Batu Pahat pada Ahad. - Foto ihsan PGA
Suspek bersama rokok seludup yang dirampas dalam serbuan di sebuah premis di Parit Yani Yong Peng, Batu Pahat pada Ahad. - Foto ihsan PGA
A
A
A

BATU PAHAT - Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas pelbagai jenis rokok seludup bernilai RM234,306 dalam serbuan di sebuah premis di Kampung Parit Banyu Mas, Parit Yani Yong Peng di sini pada Ahad.

Pegawai Pemerintah Batalion 5 PGA Simpang Renggam, Superintendan Dimin Awang berkata, anggota dan pegawainya melakukan serbuan itu pada jam 6 petang.

"Dalam serbuan itu, sebanyak 1,293 karton rokok seludup pelbagai jenama dirampas. Seorang lelaki warga tempatan berumur 39 tahun turut ditahan.

"Lelaki terbabit dipercayai menjadikan premis tersebut sebagai stor penyimpanan sementara rokok seludup sebelum diedarkan untuk pasaran sekitar daerah Batu Pahat dan Yong Peng," katanya menerusi satu kenyataan pada Isnin.

Menurut Dimin, tangkapan dan rampasan berkenaan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 135(1) Akta Kastam 1967.

Artikel Berkaitan: