Kerajaan perlu laksana hukuman mati kepada pesalah rasuah

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan perlu mencari usaha untuk memperketatkan undang-undang yang sedia ada untuk menggalakkan rakyat tidak mengambil rasuah.

Presiden Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot), Datuk Mohamed Arshad Raji berkata, Malaysia perlu melaksanakan hukuman mati terhadap pesalah rasuah seperti China.

Tambahnya, masyarakat pada zaman ini memandang enteng terhadap pengambilan rasuah.

“Hari-hari kita dengar orang kena tangkap akibat kesalahan rasuah.

“Masyarakat dah tak kisah, undang-undang apa yang lebih ketat seperti di China selain pesalah rasuah.

“Jadi undang-undang tidak betul kerana itu sahaja caranya. Baru-baru ini kes rasuah RM20,000 tetapi lawan di mahkamah kena bayar RM10,000, untung lagi RM10,000 pesalah itu,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Dalam pada itu, Mohamed Arshad berkata, tahap kesedaran masyarakat terhadap jenayah rasuah masih rendah terutamanya orang Melayu.

Menurutnya, kebanyakan pesalah rasuah yang ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah orang Melayu.

Artikel Berkaitan:

“Saya rasa sedih bila tengok media melaporkan, siapalah hari-hari yang ditangkap oleh SPRM?

“Kaum apa? Orang Melayu yang ditangkap. Mereka tiada agama ke? Kaum kita ini mudah sangat terpengaruh dengan rasuah,” ujarnya.