Atlet Afghanistan sedia beraksi

Seorang sukarelawan membawa bendera Afghanistan pada acara pembukaan Sukan Paralimpik Tokyo 2020. -Foto: AFP
Seorang sukarelawan membawa bendera Afghanistan pada acara pembukaan Sukan Paralimpik Tokyo 2020. -Foto: AFP
A
A
A

DUA atlet Afghanistan, Zakia Khudadadi dan Hossain Rasouli kelihatan begitu beremosi sebaik tiba di Perkampungan Atlet Sukan Paralimpik Tokyo 2020, pada Ahad.

Kedua-dua atlet berkenaan yang tiba ke Tokyo pada lewat Sabtu, tidak dapat dapat menahan emosi masing-masing setelah seminggu berada di Perancis setelah dipindahkan dari Kabul, Afghanistan minggu lalu berikutan negara berkenaan yang berada di bawah pentadbiran Taliban secara keseluruhannya.

“Zakia dan Hossaain telah menyatakan hasrat mereka untuk beraksi pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

“Kini, mereka berada di Tokyo untuk merealisasikan hasrat mereka dan sekali gus memberikan mesej yang kuat kepada dunia,.

“Seperti yang anda semua bayangkan, mereka cukup beremosi bila tiba di sini,” menurut Ketua Jawatankuasa Majlis Paralimpik Antarabangsa (IPC), Andrew Parsons.

Bagaimanapun, biarpun baru tiba ke Tokyo pada lewat Sabtu, Zakia dan Hossain telah bersedia untuk memulakan aksi hari kelima di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 dengan menyertai acara triathlon wanita.

Untuk rekod, Zakia bakal beraksi dalam sukan taekwondo K44-49 kilogram (kg) pada 2 September diikuti Hossain dalam acara 400 meter (m), T47, pada 3 September.

Kedua-dua atlet berkenaan yang telah pun menjalani latihan di Perancis sebaik ‘dipindahkan’ dari Kabul, Afghanistan, minggu lalu, turut diraikan sebaik tiba di Perkampungan Sukan Atlet Paralimpik Tokyo 2020 oleh ketua kontinjen, Arian Sadiqi.

Artikel Berkaitan:

Pada acara pembukaan Sukan Paralimpik Tokyo 2020 minggu lalu, seorang sukarelawan telah membawa bendera Afghanistan yang melambangkan penyertaan negara berkenaan pada temasya sukan para terbesar dunia itu.

Sementara itu difahamkan, kedua-dua atlet berkenaan tidak dibenarkan bercakap kepada mana-mana wartawan, selagi mereka beraksi di temasya Paralimpik berkenaan.

Malah, mereka juga dilarang merakam swafoto di perkampungan berkenaan.

“Bagaimanapun, mereka dibenar untuk bergaul dengan atlet-atlet lain. Cuma, setelah melalui kuarantin selama tiga hari mereka perlu merasai sendiri pengalaman berada di perkampungan atlet berkenaan,” katanya.

.