Sarang pelacuran baru dua hari beroperasi diserbu polis

Antara individu diberkas dalam serbuan oleh Cawangan D7 Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul pada Sabtu selepas disyaki dijadikan sarang pelacuran warga asing sejak dua hari lalu.
Antara individu diberkas dalam serbuan oleh Cawangan D7 Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul pada Sabtu selepas disyaki dijadikan sarang pelacuran warga asing sejak dua hari lalu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebuah unit rumah pangsapuri di Taman Usahawan, Kepong di sini diserbu oleh Cawangan D7 Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul pada Sabtu selepas disyaki dijadikan sarang pelacuran warga asing sejak dua hari lalu.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, serbuan dijalankan kira-kira jam 4.50 petang itu berjaya memberkas enam individu.

"Lima perempuan warga asing berusia lingkungan 23 hingga 42 tahun ditangkap dan dipercayai merupakan pegawai perhubungan pelanggan (GRO) yang menawarkan perkhidmatan seks kepada pelanggan.

"Seorang lelaki tempatan berumur 39 tahun dipercayai pelanggan turut ditahan bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Tambah beliau, modus operandi kegiatan berkenaan dikesan berselindung di sebalik rumah pangsapuri persendirian dan baru sahaja beroperasi selama dua hari.

"Pemilik rumah tersebut sedang dikesan untuk membantu siasatan. Hasil siasatan awal mendapati bayaran sebanyak RM160 dikenakan untuk setiap perkhidmatan seks dan janji temu dibuat melalui aplikasi WeChat," katanya.

Menurutnya, pelbagai peralatan dipercayai digunakan untuk kegiatan pelacuran turut dirampas antaranya tuala mandi, tisu tandas, kondom, minyak urut, kad akses dan wang tunai.

Katanya, kesemua suspek direman selama 14 hari untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen Seksyen 372B Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen.

Artikel Berkaitan: