X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 19 Oktober 2021

Bantu veteran TLDM terlibat bencana kepala air

Zulkifli ( tengah) bertanya khabar Afendi (kiri) ketika menziarahi keluarga berkenaan di Taman Lembah Merbok di sini pada Ahad.
A
A

KUALA MUDA – Persatuan Veteran Tentera Laut Diraja Malaysia (PVTLDM) Kedah menyampaikan sumbangan wang tunai kepada tujuh keluarga veteran yang terlibat dalam bencana kepala air Gunung Jerai pada minggu lalu.

Yang Dipertua PVTLDM Kedah, Zulkifli Muhyiddin berkata, kesemua veteran TLDM berkenaan tinggal di Taman Lembah Merbok dan kediaman mereka rosak dilanda banjir lumpur dalam bencana terbabit.

"Kami di PVTLDM sentiasa prihatin dengan nasib veteran TLDM yang ditimpa musibah tanpa mengambil kira mereka itu seorang ahli berdaftar dengan persatuan atau sebaliknya," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Sementara itu, seorang mangsa, Bintara Kanan RDP (B) Afendi Abd Rahman, 47 berkata, kerugian yang dialaminya akibat bencana terbabit melebihi RM10,000.

"Banjir lumpur itu berlaku secara tiba-tiba namun saya bersyukur kerana semua ahli keluarga saya terselamat," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!