Bersih 2.0 lapor polis, kesan 'berlaku' kesalahan

Dari kiri: Kok Fen, Victor, Swee Seng dan Alex Johnson menunjukkan gambar kesalahan yang dilakukan di hadapan Balai Polis Semenyih berkenaan kesalahan Pilihan Raya. - Foto Sinar Harian/ZAHID IZZANI
Dari kiri: Kok Fen, Victor, Swee Seng dan Alex Johnson menunjukkan gambar kesalahan yang dilakukan di hadapan Balai Polis Semenyih berkenaan kesalahan Pilihan Raya. - Foto Sinar Harian/ZAHID IZZANI
A
A
A
SEMENYIH - Pemerhati Suruhanjaya Pilihan Raya, Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) tampil membuat empat laporan polis dipercayai berhubung kesalahan pilihanraya di PRK DUN Semenyih, tadi.

Pengarah Eksekutif BERSIH 2.0, Yap Swee Seng berkata, empat kesalahan itu termasuk isu pondok panas yang dibina oleh dua parti berhampiran pusat mengundi.

"Sepatutnya tiada pondok panas yang dibina oleh parti politik pada pilihanraya," katanya.

Swee Seng berkata, pihaknya juga mendapati ada penyokong parti politik berkenaan turut merayu undi.

"Mereka tidak boleh berkempen lagi kerana tempoh berkempen sudah berakhir pada jam 12 tengah malam tadi," katanya.

Foto Sinar Harian/ZAHID IZZANI
Foto Sinar Harian/ZAHID IZZANI

Beliau berkata, pihaknya turut mendapati penyokong parti politik menghantar pengundi dengan menggunakan kenderaan di depan pintu pusat mengundi.

"Kita juga mengesan mereka turut berlegar-legar di luar pusat mengundi serta memgambil identiti pengundi," katanya.

Menurutnya, kes itu dikesan hasil pemantauan sepanjang proses pengundian di empat lokasi pusat mengundi.

Artikel Berkaitan:

"Kita telah melakukan pemantauan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Rinching, Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Rinching, SK Kantan Permai dan Sekolah Agama Batu Tiga," katanya.

Swee Seng berkata, pihaknya juga ada video dan foto sebagai bukti.

"Kita akan menyerahkan bukti ini kepada polis bagi membantu siasatan," katanya.