Juventus perlu lupakan Ronaldo

Ronaldo
Ronaldo
A
A
A

PENGENDALI Juventus, Massimiliano Allegri mengharapkan pasukan itu dapat melupakan Cristiano Ronaldo selepas tewas mengejut 0-1 kepada Empoli dalam perlawanan Serie A di Stadium Allianz pada awal pagi Ahad.

Menurutnya, Juventus tidak boleh terus memikirkan mengenai Ronaldo yang telah meninggalkan pasukan itu untuk menyertai gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) Manchester United.

Ronaldo menyertai Juventus dari Real Madrid pada 2018 dan menjadi pemain yang amat penting buat gergasi Itali itu dengan menjaringkan 81 gol dalam 98 perlawanan Serie A.

"Cristiano telah bersama Juventus selama tiga tahun dan dia telah menjaringkan gol selain menjadi pemain yang luar biasa. Tetapi, kami tidak boleh memikirkan mengenai Ronaldo bermula sekarang.

"Saya mempunyai skuad yang bagus tetapi kami juga perlu sedar bahawa pasukan ini tidak boleh mendominasi setiap perlawanan. Kami perlu bersama-sama dan ia akan membantu pada masa akan datang," katanya.

Dalam perlawanan itu, gol tunggal kemenangan Empoli dijaringkan oleh Leonardo Mancusco pada minit ke-21.

Juventus mencatatkan permulaan kurang memuaskan dalam aksi Serie A musim ini apabila turut seri 2-2 menentang Udinese sebelum tewas kepada Empoli.

"Kami perlu bekerja keras dan dua perlawanan awal ini membuatkan kami sedar kami perlu menambah baik prestasi pasukan," katanya.

Artikel Berkaitan: