X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 20 Oktober 2021

Warga emas ditahan curi barang kemas pada mayat

Gambar hiasan.
A
A

SEORANG wanita warga emas ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam kes kecurian ke atas beberapa mayat di Perancis.

Dalam serbuan yang dilakukan di rumah wanita berkenaan pada 24 Ogos lepas, polis turut merampas beberapa barangan kemas serta dompet dipercayai dicuri daripada si mati.

Menurut laporan media tempatan, kesemua barangan tersebut dikatakan dicuri semasa upacara memberi penghormatan terakhir di sebuah rumah pengebumian di Lievin yang terletak di utara Perancis.

Wanita berkenaan kini dalam tahanan polis dan akan dihadapkan ke mahkamah pada 2022.- Awani


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!