Penoreh teruja kibar semangat Jalur Gemilang

Kibaran Jalur Gemilang terlihat di kiri kanan jalan masuk ke Kampung Lubuk Tualang, Sik.
Kibaran Jalur Gemilang terlihat di kiri kanan jalan masuk ke Kampung Lubuk Tualang, Sik.
A
A
A

SIK - Demi semangat yang membara untuk menyambut Hari Kemerdekaan, seorang penoreh getah memasang 64 Jalur Gemilang di sekitar Kampung Lubuk Tualang di sini secara sendirian.

Mohamad Wahab, 35, berkata, walaupun terpaksa melakukan kerja itu tanpa bantuan sesiapa, dia tetap bersemangat memacak tiang bendera di kiri dan kanan jalan masuk ke kampungnya itu.

Dia mengambil masa selama tiga hari untuk memacak 64 batang buluh sempena sambutan kemerdekaan yang memasuki tahun ke-64.

"Alhamdulillah, saya turut dibantu oleh seorang jiran yang sama-sama mencari buluh untuk dijadikan tiang bendera," katanya ketika dihubungi di sini pada Sabtu.

Mohamad memacakkan bendera di sekitar Kampung Lubuk Tualang, Sik bagi menyemarakkan sambutan kemerdekaan di kampungnya.
Mohamad memacakkan bendera di sekitar Kampung Lubuk Tualang, Sik bagi menyemarakkan sambutan kemerdekaan di kampungnya.

Menurutnya, semua bendera tersebut adalah pemberian daripada seorang rakan yang bekerja di ibu negara pada tahun lalu.

"Syukur, walaupun tidak mampu membeli bendera, namun masih ada insan yang sudi menyumbang untuk memeriahkan sambutan yang cukup bersejarah ini," katanya.

Mohamad, juruhebah di laman sosial Facebook yang terkenal dengan gelaran Mad Sik DJ menjelaskan, kebiasaannya tempoh kibaran Jalur Gemilang itu mengambil masa selama sebulan iaitu sehingga pertengahan September depan.

Artikel Berkaitan:

Mohamad memasang bendera yang disumbangkan oleh seorang rakannya tahun lalu.
Mohamad memasang bendera yang disumbangkan oleh seorang rakannya tahun lalu.

"Semua bendera itu kemudiannya akan disimpan semula dengan cermat bagi kegunaan pada tahun berikutnya.

"Walaupun saya generasi muda, namun darah kepahlawanan yang mengalir dalam diri tetap membara bagi membuktikan jiwa anak merdeka," katanya.