Keputusan STPM 2018 diumum 11 Mac

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2018 bakal mengetahui keputusan peperiksaan mereka pada 11 Mac ini di sekolah masing-masing.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia, calon boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah pada tarikh tersebut mulai jam 12 tengah hari, manakala calon persendirian individu akan memperolehnya melalui pos.

Disamping itu, calon juga boleh menyemak keputusan mereka melalui Sistem Mesej Singkat (SMS) dengan menaip STPM RESULT dan menghantarkannya ke 15888 serta secara dalam talian

dengan melayari portal Majlis Peperiksaan Malaysia http://www.mpm.edu.my mulai jam 12 tengah hari pada tarikh berkenaan.

Pada peperiksaan STPM tahun 2018, seramai 42,849 calon telah hadir menduduki peperiksaan ini di 677 buah pusat peperiksaan diseluruh negara.

Dari pada jumlah tersebut, 42,476 (99.13 peratus) orang adalah calon sekolah kerajaan 162 (0.38 peratus) calon sekolah swasta 195 (0.45 peratus) calon persendirian individu dan 16 (0.04 peratus) calon sekolah kerajaan negeri.

Artikel Berkaitan: