Tahniah Bonnie Bunyau, emas pertama Malaysia: PM

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada Jaguh powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin yang telah menghadiahkan pingat emas pertama kepada Keluarga Malaysia pada Sukan Paralimpik Tokyo.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada Jaguh powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin yang telah menghadiahkan pingat emas pertama kepada Keluarga Malaysia pada Sukan Paralimpik Tokyo.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada Jaguh powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin yang telah menghadiahkan pingat emas pertama kepada Keluarga Malaysia pada Sukan Paralimpik Tokyo.

Menerusi catatan di Facebook rasminya pada Jumaat, beliau berkata, kejayaan Bonnie itu turut menjadi kebanggaan negara apabila lagu Negaraku berkumandang dan Jalur Gemilang berkibar di Tokyo.

“Emas Pertama Malaysia! Terima kasih Bonnie Bunyau Gustin kerana menghadiahkan Keluarga Malaysia pingat emas bagi acara angkat berat lelaki. Anda kebanggaan kami apabila lagu Negaraku berkumandang dan bendera Jalur Gemilang berkibar di bumi Tokyo,” katanya.

Perdana Menteri turut merakamkan penghargaan kepada jurulatih dan kontinjen Malaysia.

Bonnie pada Sabtu melakukan angkatan menakjubkan apabila menghadiahkan emas pertama buat negara pada hari keempat Sukan Paralimpik.

Lebih mengagumkan, atlet kelahiran Serian, Sarawak itu turut memecahkan rekod Paralimpik dipegang Rasool Mohsin dari Iraq pada Rio 2016 iaitu 227 kg, dengan angkatan 228 kg dalam percubaan ketiganya pada hari pertama sukan berkenaan berlangsung. - Bernama

Artikel Berkaitan: