WHO, Hospital Kabul bekerjasama tawar bantuan perubatan

Kelihatan asap di ruang udara selepas letupan di luar lapangan terbang di Kabul, Afghanistan. - Foto AP
Kelihatan asap di ruang udara selepas letupan di luar lapangan terbang di Kabul, Afghanistan. - Foto AP
A
A
A

ZURICH - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bekerjasama dengan hospital di Afghanistan bagi memberi bantuan perubatan kepada mangsa yang cedera dalam siri letupan pengebom bunuh diri berhampiran lapangan terbang Kabul, menurut kenyataan WHO Afghanistan pada Khamis, lapor Xinhua.

"Kami berasa sedih kerana orang awam terkorban atau cedera dalam letupan yang berlaku di #Kabul.

"Kami mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.

"@WHO kini menyelaras kemudahan kesihatan bagi membantu mereka yang memerlukan,” menurut ciapan WHO Afghanistan.

Sekurang-kurangnya empat siri letupan kedengaran di lapangan terbang Kabul pada Khamis, mengorbankan sejumlah orang awam dan anggota tentera. - Bernama

Artikel Berkaitan: