Yusoff Mahadi kekal pengurus Melaka United

Melaka United
Melaka United
A
A
A
KHIDMAT Datuk Mohd Yusoff Mahadi sebagai pengurus Melaka United masih diperlukan bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan, kata Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka (Musa), Adly Zahari.

"Datuk Mohd Yusoff Mahadi masih lagi pengurus Melaka United," katanya ringkas ketika diminta mengulas mengenai laporan sebuah media tempatan bahawa Mohd Yusoff yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan melepaskan jawatan dalam Musa berikutan perbezaan pandangan dalam kalangan pengurusan Musa.

Adly berkata perbezaan pendapat atau pandangan adalah perkara biasa dalam mana-mana organisasi termasuk Musa, dan ia adalah bagi proses penambahbaikan dalam persatuan itu sendiri.

Beliau berkata masalah dalaman melanda skuad Hang Tuah yang sedang hangat diperkatakan kini akan diselesaikan melalui perbincangan dalam mesyuarat Musa.

Dalam perkembangan lain, Adly berkata barisan pemain Melaka United bagi menghadapi Liga-M 2019 akan diumumkan minggu depan.
Artikel Berkaitan:


"Pada masa ini, Musa lebih memberi fokus kepada pemilihan pemain yang bakal mewakili Melaka United musim depan, " katanya. - Bernama