Ahmad Amzad mahu beri khidmat terbaik

Ahmad Amzad Hashim
Ahmad Amzad Hashim
A
A
A

KUALA TERENGGANU – Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim yang dilantik semula sebagai Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi berjanji memberikan khidmat terbaik sekali gus menunaikan amanah diberikan.

Ahmad Amzad menghargai dan berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di atas kepercayaan diberikan meneruskan tugas di Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

“Ada beberapa 'roadmap' yang sedang dibangunkan di bawah seliaan saya antaranya 'Roadmap For Advanced Material' seperti komposit, 'graphene' dan teknologi nano perlu dijayakan.

“Covid-19 dijangka terus ada dalam kehidupan kita sebagai endemik. Kena terus pacu penggunaan 'lowtouch technology' yang mengurangkan sentuhan dan interaksi fizikal dalam sektor sosial dan pekerjaan.

“Ini akan terus diberi tumpuan oleh MOSTI,” katanya pada Jumaat.

Beliau turut mengucapkan penghargaan dan tahniah kepada Menteri MOSTI baharu, Datuk Seri Dr Adham Baba dan Khairy Jamaluddin yang dilantik sebagai Menteri Kesihatan bagi menggantikan Dr Adham.

“Beliau (Dr Adham) sahabat saya dan pengalamannya di KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) sudah tentu diperlukan di MOSTI.

“Saya harap Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi 2020-2030 dapat diperkasakan dalam merealisasikan hasrat menjadikan Malaysia negara berpendapatan dan berteknologi tinggi melalui penggunapakaian (adoption) dan penghasilan lebih banyak inovasi teknologi tempatan,” katanya.

Artikel Berkaitan: