Hadiah hari lahir terbaik jika menang: Calon BN

Zakaria tiba di Dewan JKKK Kampung Sesapan Kelubi, Beranang. - Foto Sinar Harian SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Zakaria tiba di Dewan JKKK Kampung Sesapan Kelubi, Beranang. - Foto Sinar Harian SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A
A

SEMENYIH - Jika Calon BN, Zakaria Hanafi menang dalam PRK DUN Semenyih, beliau menganggap ia merupakan hadiah hari lahir terbaik dalam hidupnya.

Kebetulan, tarikh lahirnya jatuh pada 4 Mac dan hari mengundi pula ditetapkan pada 2 Mac.

“(Lusa hari jadi, adakah anggap kemenangan jadi hadiah) Harap-harap begitulah,” katanya ketika ditemui selepas mengundi di Dewan JKKK Kampung Sesapan Kelubi, di sini, pagi ini.

Turut hadir bersamanya adalah isterinya, Katijah Beebi Bayi Khan,50, dan tiga anak serta menantunya.

Tambah Zakaria, beliau lega dan bersyukur dengan sambutan pengundi yang datang awal untuk mengundi.

“Saya bersyukur kepada ALLAH kerana perjalanan hari mengundi lancar. Pengundi di sini berkobar-kobar mahu jalankan tanggungjawab.

“Harap pengundi buat pilihan tepat. Semua anak saya mengundi di sini, menantu saja bukan,” ujarnya.

Zakaria dan keluarga selesai mengundi pada jam 8.10 pagi dan mereka meninggalkan dewan kira-kira jam 8.35 pagi.

Artikel Berkaitan: