Tuchel tuntut aksi pantas Chelsea

Tuchel. - Foto Gettyimages
Tuchel. - Foto Gettyimages
A
A
A

PENGENDALI Chelsea, Thomas Tuchel mahu memastikan kesebelasan The Blues dapat mempamerkan aksi pantas dalam usaha meraih mata berharga di Anfield pada Ahad.

Katanya, aksi pantas itu juga dilihat bakal memberikan masalah kepada benteng The Reds yang diterajui pemain Belanda, Virgil Van Dijk.

Malah menurut Tuchel, skuad The Blues itu akan akan memanfaatkan kelebihan yang ada pada pemain-pemain terbaik yang mereka miliki musim ini dalam usaha memastikan kejayaan pasukan.

“Mungkin tidak keterlaluan jika dikatakan, Chelsea memiliki ramai pemain terbaik musim ini dan kita boleh membuat percaturan sebagaimana yang kita mahukan.

“Sebagai contoh, untuk aksi pantas, kita akan turunkan pemain-pemain yang memiliki kelajuan yang baik di atas padang dan kita memiliki pemain seperti itu, antaranya Timo Werner.

“Oleh itu, bagi aksi berdepan Liverpool ini kita memilih untuk beraksi dengan pantas dan diharapkan segala percaturan yang diatur dapat membantu pasukan untuk melakar kejayaan,” katanya.

Untuk rekod, Chelsea telah memenangi kedua-dua perlawanan awal Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini apabila menang 3-0 ke atas Crystal Palace pada aksi pembukaan EPL pada 14 Ogos selain menewaskan Arsenal 2-0, 22 Ogos lalu.

Sementara itu Tuchel tidak menafikan skuad kendaliannya juga bakal berdepan tentangan sengit daripada The Reds yang sudah pasti mahu memastikan kemenangan di laman sendiri.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun katanya, dia sudah merangka percaturan tersendiri bagi memastikan The Blues meraih mata di Anfield kali ini.

“Kita tahu akan berdepan tentangan sengit daripada Liverpool, tetapi kita juga sudah bersedia dengan perkara itu dan kerana itu kita mahu memastikan pemain kita dapat mempamerkan aksi pantas,” katanya.