Pasangan kekasih berdepan detik cemas motosikal dihimpit, disamun

Gambar mangsa tular di media sosial.
Gambar mangsa tular di media sosial.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sepasang kekasih berdepan detik cemas apabila motosikal yang ditunggang telah disamun sekumpulan penjenayah di Jalan Kuching di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, dalam kejadian pada jam 12.10 tengah malam itu, mangsa bersama teman wanitanya sedang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR dari arah Jalan Kuching menghala ke Jinjang.

"Tiba-tiba, sebuah motorsikal jenis Honda RS150 yang dinaiki oleh dua lelaki telah bertindak menarik tangan mangsa serta melibas kepala mangsa menggunakan mangga rantai motosikal dan terkena belakang topi keledarnya," katanya melalui kenyataan pada Khamis.

Eng Lai berkata, mangsa kemudian telah membuat pusingan dan berpatah balik ke Jalan Kuching menghala ke pusat bandar.