Wajar kekalkan bekas menteri berpengalaman perangi pandemik

ZULHISHAM ISAHAK

Shiau Yoon (tengah) melancarkan program Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2021 Parlimen Tebrau di Stesen Minyak Petron, Taman Kota Masai, Pasir Gudang pada Khamis.
Shiau Yoon (tengah) melancarkan program Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2021 Parlimen Tebrau di Stesen Minyak Petron, Taman Kota Masai, Pasir Gudang pada Khamis.
A
A
A

PASIR GUDANG - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob wajar mengekalkan barisan menteri kabinet pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana mereka sudah berpengalaman terutama ketika usaha memerangi pandemik Covid-19.

Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong Shiau Yoon berkata, bekas menteri berkenaan terlibat merancang dalam semua pelan untuk mengatasi pandemik tersebut.

Beliau juga mencadangkan supaya kabinet baharu yang akan dibentuk tidak terlalu besar.

"Pertukaran menteri kabinet dilihat tidak sesuai dalam situasi pandemik Covid-19 ketika ini," katanya ditemui pemberita selepas melancarkan program Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2021 Parlimen Tebrau di Taman Kota Masai di sini pada Khamis.

"Selaku Ahli Parlimen Bebas, saya berharap Perdana Menteri baharu akan meneruskan program memerangi pandemik Covid-19 selain beberapa program yang bertujuan meningkatkan semula ekonomi rakyat.

"Semua parti politik perlu menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong supaya wujud kerjasama antara parti politik tidak kira blok kerajaan atau pembangkang," katanya.

Artikel Berkaitan: