X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 25 Jun 2022

JPJ Perak sasar kutipan RM300,000 secara pandu lalu

Mohammad Yusoff melancarkan 'flag off' kenderaan JPJ sempena Bulan Kemerdekaan di perkarangan JPJ Perak di Ipoh pada Khamis.
A
A

IPOH - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak menyasarkan sejumlah RM300,000 bagi kutipan memperbaharui lesen memandu dan pembayaran cukai jalan menerusi kaedah pandu lalu.

Pengarahnya, Mohammad Yusoff Abustan berkata, sebanyak RM42,119.80 sudah diperoleh menerusi sesi percubaan yang dijalankan sejak Isnin lalu.

"Sambutan yang diterima amat menggalakkan apabila jumlah kenderaan semakin meningkat setiap hari dengan keseluruhan 192 kenderaan melibatkan 798 transaksi.

"Inisiatif ini dijalankan sehingga 30 September depan dengan waktu operasi sehingga jam 12.15 tengahari. Kesemua bayaran dalam bentuk wang tunai sahaja," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan pelaksanaan pandu lalu, JPJEQ, pengurangan saman dan kibar Jalur Gemilang sempena Hari Kebangsaan di perkarangan JPJ Perak, di sini pada Khamis.

Menurutnya, usaha itu bagi mengelakkan pengguna jalan raya berdepan tindakan penguatkuasaan tegas yang akan bermula 1 Oktober ini selepas tempoh moratorium tamat.

Sementara itu, Mohammad Yusoff berkata, pihaknya berjaya mengutip sejumlah RM70,331 bagi pengurangan saman sebanyak 70 peratus sejak dilaksanakan pada 18 Ogos lalu.

Katanya, sambutan yang diterima amat baik apabila angka pelanggan didapati meningkat dalam tempoh lapan hari tawaran itu diumumkan.

"Pengurangan saman ini melibatkan 526 transaksi sepanjang tempoh tersebut. Pengurangan saman JPJ ini melibatkan saman yang boleh dikompaun sahaja seperti tidak memakai tali pinggang dan sebagainya.

"Kes-kes yang tidak boleh dikompaun pula seperti cukai jalan yang tamat tempoh, tiada perlindungan insurans atau kes-kes yang disebut di mahkamah," katanya.

Jelasnya, pengurangan saman akan berakhir pada 16 September ini dan pembayaran boleh dilakukan melalui kaunter, kiosk dan portal JPJ.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!