12 lokaliti di tiga negeri dikenakan PKPD

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

PUTRAJAYA - Sebanyak 12 lokaliti di Sabah, Pahang dan Johor akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 26 dan 27 Ogos.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad berkata, pelaksanaan itu dibuat setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19 di kawasan terlibat.

Menurutnya, 10 lagi lokaliti di Sabah akan dikenakan PKPD iaitu tiga lokaliti di Telupid, dua lokaliti di Penampang, dua di Ranau serta masing-masing satu Tawau, Kudat dan Papar.

"Pelaksanaan PKPD di semua lokaliti itu bermula pada 27 Ogos dan berakhir pada 9 September.

"Di Pahang, Ladang Cheekah di Bera akan dikenakan PKPD bermula 27 Ogos dan berakhir pada 9 September.

"Sementara di Johor, Kampung Orang Asli Kuala Masai juga dikenakan PKPD bermula 26 Ogos sehingga 8 September," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Sementara itu, pelaksanaan PKPD di lapan lokaliti di Sabah iaitu di Tuaran dan Tawau yang sepatutnya berakhir pada 26 Ogos akan dilanjutkan dari 27 Ogos sehingga 9 September.

Kawasan yang terlibat ialah enam lokaliti di Tuaran iaitu Kampung Betutai, Kampung Bontoi, Kampung Kindu, Kampung Serusop, Taman Sri Rugading dan Taman Telipok Ria serta dua lokaliti di Tawau iaitu Kampung Bergosong, Pulau Sebatik dan Projek Perumahan Rakyat Taman Sri Apas Batu 8.

Artikel Berkaitan: