Pelajar madrasah maut kemalangan

Kenderaan MPV yang terbalik selepas terbabas di di KM 18.2 Lebuhraya Utara Selatan. Gambar kanan: Mayat mangsa berada di tengah-tengah pembahagi jalan.
Kenderaan MPV yang terbalik selepas terbabas di di KM 18.2 Lebuhraya Utara Selatan. Gambar kanan: Mayat mangsa berada di tengah-tengah pembahagi jalan.
A
A
A

KULAI - Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun meninggal dunia selepas kenderaan serba guna (MPV) dinaikinya terbabas di KM 18.2 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.25 petang itu, mangsa turut bersama-sama lapan lagi kanak-kanak lain selain seorang lelaki dewasa sebagai pemandu.

Difahamkam, kesemua kanak-kanak itu dipercayai pelajar dari Madrasah Tahfiz Ar Rayyan, Bandar Tenggara, Kota Tinggi.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, kemalangan hanya melibatkan kenderaan mangsa yang terbabas sendiri.

Beliau berkata, hasil siasatan awal di tempat kejadian mendapati kemalangan dipercayai berlaku selepas kenderaan itu hilang kawalan berpunca dari tayar pecah.

"Kenderaan itu hilang kawalan sebelum terbabas melanggar besi tengah pembahagi jalan dan berpusing serta terbalik ke lorong kecemasan arah yang sama.

Kemalangan itu turut dikongsi netizen di laman sosial.
Kemalangan itu turut dikongsi netizen di laman sosial.

"Kesemua mangsa yang berada dalam kenderaan tercampak ke atas jalan raya dan mangsa yang maut tercampak di pembahagi jalan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, sebentar tadi.

Artikel Berkaitan:

Beng Yeow berkata, sebaik polis tiba di tempat kejadian, kereta dinaiki kesemua mangsa sedang berada dalam keadaan terbalik di laluan kecemasan menghala ke Johor Bahru.

"Butiran mangsa masih disiasat kerana pihak polis tidak menemui dokumen pengenalan diri dalam kejadian itu manakala keadaan mangsa yang lain cedera parah.

"Mangsa yang meninggal dunia dibawa ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim (HTSMTI) di sini, manakala mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan juga HTSMTI," katanya.

Beliau berkata, kes masih dalam siasatan polis mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.