Mangsa banjir di Perak kekal 214 orang

Keadaan banjir di daerah Kerian pada awal minggu lalu.
Keadaan banjir di daerah Kerian pada awal minggu lalu.
A
A
A

BAGAN SERAI - Bilangan mangsa banjir di Perak kekal kepada 241 orang melibatkan 66 keluarga di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di Daerah Kerian serta Larut Matang dan Selama.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan bilangan mangsa di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Lobak di daerah Kerian menempatkan bilangan mangsa teramai.

"Seramai 111 orang daripada 26 keluarga telah ditempatkan di PPS berkenaan.

"Mereka yang terjejas membabitkan penduduk dari Kampung Matang Tengah dan sebahagian penduduk Kampung Parit Simpang Lima, Alor Pongsu," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Menurutnya, bilangan mangsa banjir di PPS SK Alor Pongsu telah menempatkan 60 orang daripada 17 keluarga.

Katanya, bilangan mangsa di daerah Larut Matang dan Selama (LMS) kekal 70 orang daripada 23 keluarga.

"Kesemua mereka ditempatkan di PPS SK Matang.

"Mereka adalah penduduk dari Kampung Sungai Rentaka, Teluk Kertang; Kampung Melawati; Kampung Jebong Kiri; Kampung Changkat Baru dan Kampung Tebuk," katanya.

Artikel Berkaitan: