Pesara kerajaan mengaku tidak bersalah pecah amanah RM1.77 juta

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

ALOR SETAR - Seorang pesara kerajaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu atas tuduhan melakukan pecah amanah wang milik sebuah wat Siam berjumlah lebih RM1.77 juta, lima tahun lepas.

San Yap a/l Din Ei Yat, 71, bekas ketua penguat kuasa sebuah agensi kerajaan di Perlis, dituduh melakukan perbuatan itu di Wat Boonyaram, Padang Sera, Kodiang, antara 7 Mac hingga 25 Okt 2016.

Tertuduh, bekas timbalan pengerusi wat itu didakwa mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun dan sebatan serta denda jika sabit kesalahan.

Hakim Sharifah Norazlita Syed Salim Idid membenarkan tertuduh yang tidak diwakili peguam diikat jamin sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 26 September depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Nurul Suhaila Baharin. -Bernama

Artikel Berkaitan: