JPNS roboh binaan, kolam ikan di HSK Templer

JPNS merobohkan sejumlah binaan yang didirikan di HSK Templer di sini pada Selasa.
JPNS merobohkan sejumlah binaan yang didirikan di HSK Templer di sini pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) merobohkan sejumlah binaan dan memusnahkan kolam ikan yang didirikan di Hutan Simpan Kekal (HSK) Templer di sini pada Selasa.

Pengarah JPNS, Datuk Ahmad Fadzil Abdul Majid berkata, operasi di kawasan seluas kira-kira 2.4 hektar itu bermula pada jam 8 pagi.

Menurutnya, operasi secara bersepadu itu disertai 80 anggota terdiri daripada pelbagai agensi penguatkuasaan antaranya Pejabat Daerah dan Tanah Gombak, Majlis Perbandaran Selayang, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Kerja Raya Gombak.

"Operasi ini dibahagikan kepada tiga zon dan telah memusnahkan sembilan kolam ikan, empat pondok, masing-masing dua rumah, rumah kongsi, bengkel dan tandas.

"Binaan lain turut dimusnahkan kandang kambing dan kontena," katanya dalam satu kenyataan media pada Rabu.

Ahmad Fadzil berkata, pasukannya turut membina parit gajah dengan kedalaman 1.8 meter dan lebar 1.2 meter di setiap pintu masuk ke tiga zon hutan itu bagi menghalang akses masuk kepada penceroboh.

"Operasi ini tamat pada jam 7 malam dan JPNS tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang menceroboh kawasan HSK.

"Pihak jabatan juga amat serius dalam menangani isu pencerobohan tanpa kebenaran di negeri ini," jelasnya.

Artikel Berkaitan: