Kelantan peruntuk RM20,000 setiap DUN bantu kawasan PKPD

Ahmad Yakob
Ahmad Yakob
A
A
A

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan memperuntukkan sebanyak RM20,000 untuk setiap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri ini bagi membantu kawasan yang terlibat dengan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob berkata demikian semasa membuat penggulungan untuk soalan yang dikemukakan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di sini pada Selasa.

Datuk Hassan Mahmood (Pas-Tawang) semasa mencadangkan ucapan menjunjung kasih titah Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V menyatakan harapan agar kerajaan negeri menggunakan sebaik mungkin peruntukan yang diberikan kerajaan Persekutuan.

Datuk Md Alwi Che Ahmad (Pas-Tawang) turut menyatakan soalan tambahan semasa sesi soal jawab bahawa adakah kerajaan bercadang untuk menyediakan peruntukan bagi menguruskan kawasan PKPD.

Menjawab secara keseluruhan mengenai perkara tersebut, Ahmad berkata, kerajaan negeri sentiasa menitikberatkan isu kebajikan rakyat melalui sumber kewangan yang diperolehi termasuk memberi tumpuan lebih bagi membantu dan menyelesaikan masalah rakyat berkaitan Covid-19.

"Kita lihat pendapatan kita, kita berbelanja mengikut bajet yang telah dikemukakan kepada semua ADUN. Perjalanan wang ini mengikut bajet kecuali kita mendapat kemasukan luar jangka.

"Insya-ALLAH saya sedang memerhatikan aliran kewangan kini. Kita akan lihat skop mana yang tidak dapat dibelanjakan kerana Covid-19 ini kita akan kumpul dan nilaikan apa program yang boleh membantu rakyat.

"Kerajaan tidak akan menyimpan wang sehingga dimurkai ALLAH SWT. Kita akan berbelanja mengikut kewangan yang ada pada kita," jelas beliau.

Artikel Berkaitan: