Sudah lakukan terbaik, kini terpulang kepada pengundi

S Arutchelvan - Foto Sinar Harian/SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
S Arutchelvan - Foto Sinar Harian/SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A
A

SEMENYIH – Jentera Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengakui sudah melakukan yang terbaik dari segi usaha untuk menang pada PRK DUN Semenyih, namun keputusan tersebut terletak di tangan pengundi esok.

Pengarah Pilhan Raya PSM PRK DUN Semenyih, S Arutchelvan, antara usaha yang telah dilakukan oleh PSM sepanjang tempoh kempen PRK adalah calonnya Nik Aziz Afiq Abdul telah mengisytihar harta, berikrar anti perkauman dan tidak mengutuk peribadi calon lain.

“PSM juga mempunyai manifesto tempatan yang memang serasi dengan hasrat pengundi Semenyih, selain Nik Aziz hadir ke Wacana Sinar Harian untuk berdebat,” katanya.

Beliau berkata, Nik Aziz juga berjaya mengutarakan isu nasional serta mendapat reaksi kerajaan, perkara itu sebenarnya menguntungkan rakyat Semenyih.

“Antara isu yang dibangkitkan adalah isu gaji minima, pekerja kontrak, kesihatan, perumahan, pendidikan awam, permasalahan pangsapuri kos rendah dan pengangkutan awam,” katanya.

Arutchelvan berkata, rakyat juga memberi reaksi yang memberangsangkan terhadap PSM.

“Mereka memberi respons yang cukup bagus di sosial media di kalangan anak muda, maklumbalas positif daripada satu golongan pada PRU lalu tidak mengundi PSM dan mereka memaklumkan akan mengundi PSM.

“Reaksi positif daripada pengundi ketiga-tiga kaum yang merasakan perlu ada satu alternatif selain daripada BN dan PH dan menerima PSM sebagai alternatif ketiga di mana ada orang berkata akan mengundi PSM atau calon Bebas, Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai ‘Uncle Kentang’,” katanya.

Artikel Berkaitan: