X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 21 Januari 2022

Polis buru empat lelaki rompak kedai emas

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) rompakan di sebuah kedai emas di Taman Usahawan, Kepong pada Ahad.
A
A

SENTUL - Polis mencari empat lelaki disyaki terlibat dalam rompakan sebuah kedai emas di Taman Usahawan, Kepong pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, usaha memburu suspek masih giat dijalankan.

"Berdasarkan maklumat awal, keempat-empat suspek merupakan warga tempatan berumur dalam lingkungan 30-an.

"Siasatan lanjut masih dijalankan dari semua aspek," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Dalam kejadian 5.30 petang Ahad, empat penjenayah tersebut melarikan pelbagai jenis barang kemas dari sebuah kedai emas di Jalan Metro Perdana 8, Taman Usahawan, Kepong.

Ketika kejadian, suspek memecahkan cermin kaca dan mengambil beberapa barangan kemas sebelum melarikan diri.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!