MRC sumbang RM50,000 bantu urus jenazah Covid-19

Nurul Islam (kiri) menyampaikan sumbangan kepada Shahrul Nizam pada majlis sumbangan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah Gombak pada Sabtu lalu.
Nurul Islam (kiri) menyampaikan sumbangan kepada Shahrul Nizam pada majlis sumbangan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah Gombak pada Sabtu lalu.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Majlis Getah Malaysia (MRC) menyampaikan sumbangan sebanyak RM50,000 kepada Pertubuhan Sukarelawan Pantas Malaysia (SPM) bagi membantu Kementerian Kesihatan (KKM) menguruskan jenazah pesakit Covid-19 di hospital Lembah Klang.

Sumbangan disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MRC, Nurul Islam Mohamed Yusoff kepada Presiden SPM, Shahrul Nizam Sulaiman di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah Gombak pada Sabtu.

MRC dalam satu kenyataan berkata, sumbangan itu merangkumi bantuan kewangan sebanyak RM32,000 serta pembelian 450 set peralatan perlindungan diri (PPE) bernilai RM18,000.

Menurut MRC, sumbangan tersebut merupakan kesinambungan Program Bantuan Prihatin MRC untuk melestarikan institusi kesihatan negara.

Van jenazah digunakan SPM bagi membantu KKM menguruskan jenazah pesakit Covid-19 di sekitar Lembah Klang.
Van jenazah digunakan SPM bagi membantu KKM menguruskan jenazah pesakit Covid-19 di sekitar Lembah Klang.

"Bantuan ini dapat membantu meringankan beban KKM dan petugas barisan hadapan dalam menangani krisis pandemik Covid-19," menurut kenyataan itu pada Sabtu.

Sementara itu, Nurul Islam berkata, Program Bantuan Prihatin MRC merupakan salah satu inisiatif di bawah program tanggungjawab sosial korporat (CSR).

"Sumbangan yang telah disalurkan kepada pihak SPM adalah bagi membantu melancarkan pengurusan jenazah pesakit Covid-19," katanya.

Artikel Berkaitan:

Nurul Islam meninjau keadaan Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Gombak.
Nurul Islam meninjau keadaan Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Gombak.