Pasar Segar Terkawal catat nilai jualan RM95.81 juta

Haslina (tengah) ketika melawat Pasar Segar Terkawal yang diwujudkan di Pasar Tani Kekal Datin Halimah, Larkin, Johor Bahru.
Haslina (tengah) ketika melawat Pasar Segar Terkawal yang diwujudkan di Pasar Tani Kekal Datin Halimah, Larkin, Johor Bahru.
A
A
A

JOHOR BAHRU- Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) membuka sebanyak 54 lokasi Pasar Segar Terkawal (PST) di seluruh negara sejak bermulanya pelaksanaan 'total lockdown' 3.0 pada Jun sehingga 19 Ogos lalu.

Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Haslina Abdul Hamid berkata, inisiatif PST ini menyumbang kepada nilai jualan sebanyak RM95.81 juta dengan jumlah petani yang mendapat manfaat adalah seramai 2,983 orang.

Johor jelas beliau, menyumbang sebanyak RM23.6 juta dari nilai jualan keseluruhan daripada enam PST yang dibuka.

"Sebanyak 28 buah pasar tani telah dibenarkan beroperasi melibatkan seramai 692 usahawan sehingga 19 Ogos lalu. Kesemua pasar tani yang beroperasi ini terletak di negeri-negeri yang berada dalam Pelan Pemulihan Negara ( PPN) Fasa 2 dan 3 seperti negeri Perak, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Pahang, Sabah, Sarawak dan Perlis.

"FAMA menjangkakan lebih banyak pasar tani akan beroperasi di negeri-negeri yang telah berada dalam PPN Fasa 2 dan 3 ini dalam masa terdekat,"katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Pusat Rujukan Pemasaran Hasil Pertanian Berteknologi seluas 0.8 hektar yang dibangunkan di Pejabat FAMA Negeri Johor dengan kerjasama Koperasi FAMA Johor Berhad (KPFJB).
Pusat Rujukan Pemasaran Hasil Pertanian Berteknologi seluas 0.8 hektar yang dibangunkan di Pejabat FAMA Negeri Johor dengan kerjasama Koperasi FAMA Johor Berhad (KPFJB).

Beliau sebelum itu mengadakan lawatan ke salah satu outlet PST di Pasar Tani Kekal Datin Halimah bagi meninjau pelaksanaan operasi di Johor yang masih berada dalam PPN Fasa 1 pada Sabtu.

Turut hadir, Ketua Pengarah FAMA, Datuk Zainal Abidin Yang Razalli.

Artikel Berkaitan:

Beliau turut memantau pelaksanaan pembangunan Pusat Rujukan Pemasaran Hasil Pertanian Berteknologi seluas 0.8 hektar yang dibangunkan di Pejabat FAMA Negeri Johor dengan kerjasama Koperasi FAMA Johor Berhad (KPFJB).

Sementara itu, MAFI turut menyerahkan sumbangan MAFI Prihatin kepada 11 orang wakil daripada golongan asnaf, penghuni rumah kebajikan dan pusat jagaan warga emas sekitar Johor Bahru serta usahawan bimbingan FAMA Johor yang memerlukan.

Haslina (kiri) menyerahkan sumbangan MAFI Prihatin kepada 11 orang wakil golongan asnaf, penghuni rumah kebajikan dan pusat jagaan warga emas sekitar Johor Bahru.
Haslina (kiri) menyerahkan sumbangan MAFI Prihatin kepada 11 orang wakil golongan asnaf, penghuni rumah kebajikan dan pusat jagaan warga emas sekitar Johor Bahru.

"Secara keseluruhannya, seramai 71,491 penerima di 400 buah lokasi di seluruh negara telah menerima manfaat daripada program MAFI Prihatin yang melibatkan 10 buah jabatan dan agensi di bawahnya.

"Pelaksanaan MAFI Prihatin melalui FAMA sahaja, telah memberi manfaat kepada 30,404 orang yang terdiri daripada petugas barisan hadapan, badan kebajikan dan NGO di 157 lokasi seluruh negara dengan jumlah keseluruhan sebanyak 59.04 metrik tan makanan telah disalurkan," katanya.