Pupuk semangat patriotik dengan sayangkan negara, pemimpin

Musa (dua dari kiri) mengibarkan Jalur Gemilang sempena hari kemerdekaan yang bakal disambut 31 Ogos ini.
Musa (dua dari kiri) mengibarkan Jalur Gemilang sempena hari kemerdekaan yang bakal disambut 31 Ogos ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tanamkan semangat patriotik dengan sayangkan negara dan taat kepada pemimpin serta reda dengan perancangan ALLAH SWT.

Presiden Malaysia Community Crime Care (MCCC), Tan Sri Musa Hassan berkata, setiap warganegara perlu ada semangat sayangkan negara dan tidak boleh menjadi pengkhianat kepada negara.

Menurutnya, sikap tidak taat kepada pemimpin negara boleh menyebabkan negara bergolak.

"Kira perlu sedar semua ini perancangan ALLAH SWT. Manusia diwujudkan untuk menjadi khalifah di dunia dan memakmurkan dunia.

"Harap semua pihak dapat bekerjasama dengan pemerintah supaya negara dapat ditadbir dengan baik, " katanya ketika merasmikan program Pemasangan Bendera Malaysia sempena Hari Kebangsaan yang ke-64 di tempat letak kereta berhadapan pasar raya Giant Taman Connaught, Cheras pada Sabtu.

Beliau berharap masyarakat tanpa mengira bangsa dan kaum menghayati erti kemerdekaan dan meningkatkan semangat patriotisme sempena bulan kemerdekaan.

Musa memasang bendera pada kenderaan awam pada program pemasangan bendera sempena Hari Kebangsaan ke-64.
Musa memasang bendera pada kenderaan awam pada program pemasangan bendera sempena Hari Kebangsaan ke-64.

"Saya merasakan rakyat negara kita tanpa mengira bangsa mahukan keharmonian tetapi yang memberi masalah adalah politik.

Artikel Berkaitan:

"Jadi saya harap orang politik lebih faham, mereka perlu pastikan berkhidmat untuk negara dan rakyat dengan itu ia tidak mengganggu gugat keamanan," katanya.

Pada masa sama, beliau turut mengucapkan tahniah dengan pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri ke-9.

Beliau berharap Ahli Parlimen Bera itu diberikan kekuatan serta hidayah oleh ALLAH SWT untuk memimpin negara dengan baik dan cemerlang supaya rakyat mendapat manfaat.

Pada prorgam itu, sebanyak 1,000 unit bendera dipasang di sekitar Taman Connaught dan kawasan sekitarnya.

Gimik pelancaran dilakukan dengan penyerahan bendera kepada pemandu lori Alam Flora serta pemasangan bendera pada kenderaan awam yang melalui kawasan terbabit.