Raikan hari Merdeka di Karnival Drive-Thru McDonald's sepanjang Ogos

Karnival Drive-Thru berlangsung di semua 202 restoran Drive-Thru di seluruh Malaysia.
Karnival Drive-Thru berlangsung di semua 202 restoran Drive-Thru di seluruh Malaysia.
A
A
A

McDonald's Malaysia yang terkenal dengan perkhidmatan cepat Drive-Thru (Pandu-Lalu), ingin terus bersama pelanggan meraikan detik indah dan menyeronokkan sepanjang sambutan Bulan Merdeka kali ini.

Sesuai dengan suasana pandemik yang dialami ketika ini, mereka akan terus menyajikan perkhidmatan yang selamat, cepat dan selesa kepada pelanggan tak kira masa dan di mana juga.

Pada masa ini, 70% restoran McDonald's di seluruh negara merupakan restoran Pandu- Lalu, yang menyumbang hampir separuh daripada jumlah jualan syarikat.

"Sebagai jenama Drive-Thru yang paling mudah didapati dan dipercayai di negara ini, kami sangat bangga dan berbesar hati dengan kepercayaan yan diberikan rakyat Malaysia,” kata Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia, Azmir Jaafar.

Perkhidmatan Pandu-Lalu menjadi pilihan pelanggan McDonald's di seluruh Malaysia.
Perkhidmatan Pandu-Lalu menjadi pilihan pelanggan McDonald's di seluruh Malaysia.

Oleh itu katanya, sempena Bulan Merdeka ini McDonald's Malaysia mahu serlahkan Jiwa Mekdi dengan memacu semangat dan kegembiraan sambil menyediakan perkhidmatan yang cepat, mudah, selamat dan selesa untuk pelanggan, tanpa perlu keluar daripada kenderaan mereka.

"Memandangkan pilihan ini terus mendapat permintaan daripada para pelanggan, terdapat pertumbuhan yang kukuh dari tahun ke tahun bagi segmen ini, sejak pembukaan restoran Pandu-Lalu kami yang pertama di Titiwangsa, Kuala Lumpur pada tahun 1988.

Artikel Berkaitan:

“Sebagai restoran khidmat segera nombor satu dengan jumlah restoran Pandu-Lalu terbesar di negara ini, McDonald’s Malaysia berharap dapat berinteraksi dan sama-sama meraikan sambutan Hari Kemerdekaan pada bulan ini dengan seluruh rakyat Malaysia,” katanya.

Bagi meraikan pelanggan sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-64, McDonald's Malaysia menganjurkan Karnival Drive-Thru sepanjang Ogos.

Karnival Drive-Thru ini berlangsung di semua 202 restoran Drive-Thru di seluruh Malaysia.

McDonald's Malaysia menyediakan 60,000 burger McChicken percuma untuk pelanggan yang mengibarkan Jalur Gemilang sempena Karnival Drive-Thru.
McDonald's Malaysia menyediakan 60,000 burger McChicken percuma untuk pelanggan yang mengibarkan Jalur Gemilang sempena Karnival Drive-Thru.

Menghampiri hari bersejarah yang turut sinonim dengan gelaran ‘Hari Merdeka’ itu, McDonald's Malaysia mahu pelanggan pamerkan rasa bangga mereka sebagai rakyat Malaysia menerusi promosi Merdeka Car Plate dan Merdeka Chant.

Pastikan anda mengikuti laman web dan media sosial McDonald's Malaysia untuk mendapatkan maklumat terkini.

Pelbagai ganjaran turut ditawarkan sepanjang Ogos. Kunjungi restoran McDonald's Drive-Thru berdekatan anda hari ini dan jadilah sebahagian daripada peserta Karnival Drive-Thru.

Merdeka Car Plate & Merdeka Chant

No Image Caption

Bermula 27 hingga 30 Ogos ini, pelanggan berpeluang memenangi sebahagian daripada 20,000 kad hadiah yang ditawarkan setiap hari menerusi promosi Merdeka Car Plate.

Selama empat hari berturut-turut, McDonald's Malaysia akan mengumumkan dua nombor khas di laman media sosialnya.

Pelanggan yang mempunyai dua nombor berkenaan dengan urutan yang betul di nombor plat kereta mereka, boleh memenangi kad hadiah setiap kali membuat pembelian di kaunter Drive-Thru McDonald.

Pelanggan yang mempunyai dua nombor khas di plat nombor hanya perlu melaungkan "MERDEKA" di kaunter pengambilan Drive-Thru dan mereka boleh memenangi kad hadiah. Promosi adalah terhad kepada 100 kereta pertama di setiap restoran.

Pada 31 Ogos, McDonald's Malaysia menyediakan 60,000 burger McChicken secara percuma kepada pelanggan yang mengibarkan Jalur Gemilang di kenderaan mereka sebagai tanda semangat kemerdekaan.

Ketika membeli makanan, laungkan "MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA!" di kaunter pengambilan Drive-Thru untuk menuntut McChicken percuma. Tawaran ini terhad kepada 300 kereta pertama di setiap restoran.

Sila rujuk laman web McDonald, pada Minggu 4 (27 - 31 Ogos) untuk maklumat: Drive-Thru Carnival | McDonald's Malaysia (mcdonalds.com.my).