Wanita maut digilis LRT

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk proses bedah siasat.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk proses bedah siasat.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang wanita maut dipercayai digilis kereta api transit aliran ringan (LRT) di landasan LRT Sentul Timur di sini petang Jumaat.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komissioner Beh Eng Lai berkata, identiti mangsa bagaimanapun belum dapat dikenalpasti.

"Siasatan dijalankan mendapati menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mangsa dilihat berjalan ke tren dan duduk di besi penyambung antara gerabak.

Identiti mangsa bagaimanapun belum dapat dikenal pasti.
Identiti mangsa bagaimanapun belum dapat dikenal pasti.

"Apabila LRT bergerak, mangsa terjatuh ke bawah lalu digilis," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Katanya, siasatan lanjut berkaitan kejadian masih dijalankan.

Artikel Berkaitan:

"Pemeriksaan tidak menemukan sebarang dokumen identiti mangsa. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk tindakan lanjut," katanya.